Saturday, April 30, 2022

Tulisan Hati

Terkadang kita lupa akan adanya hari perhitungan. Terasa masih lama menunggu hari tersebut walhal, kebenaran yang pahit untuk ditelan adalah hari-hari yang kita lalui mungkin merupakan hari terakhir bagi kita.

Kita tidak tahu, apakah selepas ini... ajal pula datang menjemput. Malaikat Izrail lalu menarik nyawa kita bila-bila masa sahaja. 

Allahu...
Tidak mampu dibayangkan kerana, pada hari ini... kita menceritakan mengenai kematian orang lain. Kematian yang boleh jadi orang tersebut adalah orang yang paling dekat dengan kita. 

Lalu, suatu saat yang sudah pasti... orang lain pula bercerita tentang kematian kita sendiri... Allahumma Sallimna ya-Allah.

Begitu sifir dan adat dunia ini...
Yang hidup pasti akan bertemankan dengan kematian. Kematian yang mampu menjadi antara salah satu dari dua pintu hakiki. pintu yang tidak boleh kita jual beli dengan wang ringgit sedang, hendak memasukinya hanya dengan amal soleh atau amal kejahatan.

Tuhan,
yang bercakap tidak lebih sekadar mahu memberi peringatan untuk diri sendiri. Jauh sekali mendabik dada berkata "Aku punya amal soleh yang banyak."

Tidak!
Tidak sama sekali.

Sebenarnya, kita sama sahaja. Boleh jadi yang berada di luar sana lebih soleh dan solehah berbanding diri ini sendiri. Maka, bantulah hamba ini dengan mendoakan diri ini, agar terus tetap berada di jalan yang benar dan mampu menepis segala macam ujian duniawi.

Aamiin, ya-Robb.

No comments:

Post a Comment