Isyak Yang Panjang
Riwayat: Riwayat Muslim
Hadith:
Dari Aisyah r.a ia berkata: Rasulullah telah mengakhirkan solat Isyak'
pada suatu malam sehingga lewat larut malam, lalu baginda keluar dan
melakukan solat. Baginda berkata: Sesungguhnya ini adalah waktunya
seandainya tidak memberatkan umat ku.
Huraian Hadith:
Sesungguhnya solat adalah ibadat paling utama bagi umat Islam sehingga
ia disebut sebagai tiang agama. Solat memberi keberkatan dan kebahagiaan
dalam kehidupan kita. Justeru jika diperhatikan, orang yang sentiasa
memelihara solat, kehidupannya dipenuhi dengan kejayaan, keberkatan dan
kebahagiaan.
Sesungguhnya ibadat solat terlalu istimewa di
sisi Allah kerana Rasulullah menerimanya secara langsung daripada Allah
dalam peristiwa Israk dan Mikraj dan perintah ibadat solat ini juga
berbeza dengan ibadat lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain yang
diterima melalui wahyu dengan perantaraan malaikat Jibril.
Melaksanakan solat fardu dalam waktu yang ditetapkan merupakan
sebahagian daripada disiplin yang wajib dilaksanakan. Sementelah waktu
solat Isyak adalah panjang dan lebih afdhal didirikan pada waktu tengah
malam namun kita tidak digalakkan sengaja melewatkan tanpa sebarang
sebab yang diharuskan lantas terlena lalu terlepas waktunya.
Isyak Yang Panjang
Riwayat: Riwayat Muslim
Hadith:
Dari Aisyah r.a ia berkata: Rasulullah telah mengakhirkan solat Isyak' pada suatu malam sehingga lewat larut malam, lalu baginda keluar dan melakukan solat. Baginda berkata: Sesungguhnya ini adalah waktunya seandainya tidak memberatkan umat ku.
Huraian Hadith:
Sesungguhnya solat adalah ibadat paling utama bagi umat Islam sehingga ia disebut sebagai tiang agama. Solat memberi keberkatan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita. Justeru jika diperhatikan, orang yang sentiasa memelihara solat, kehidupannya dipenuhi dengan kejayaan, keberkatan dan kebahagiaan.
Sesungguhnya ibadat solat terlalu istimewa di sisi Allah kerana Rasulullah menerimanya secara langsung daripada Allah dalam peristiwa Israk dan Mikraj dan perintah ibadat solat ini juga berbeza dengan ibadat lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan malaikat Jibril.
Melaksanakan solat fardu dalam waktu yang ditetapkan merupakan sebahagian daripada disiplin yang wajib dilaksanakan. Sementelah waktu solat Isyak adalah panjang dan lebih afdhal didirikan pada waktu tengah malam namun kita tidak digalakkan sengaja melewatkan tanpa sebarang sebab yang diharuskan lantas terlena lalu terlepas waktunya.

No comments:
Post a Comment