MAKSIAT menyebabkan : ◆ Wajah tampak hitam, ◆ Hati suram, ◆ Gelap di alam kubur, ◆ Badan menjadi lemah, ◆ Rezeki berkurang ◆ Dan tidak di sukai oleh banyak orang.
Saturday, October 12, 2013
Wednesday, October 9, 2013
Muhasabah Diri - Mana satu Pilihan Hati?
Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahuhanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelarmanusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..
Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .”
“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”
Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
Mu'adz - Stand Up with Flashmobbers #MYGMJ
First time melihat secara live dan first time kenal siapa dia ini.. time pray 4 bangi sek. 15 september 2013..
pray 4!
Saturday, October 5, 2013
Isyak yang panjang..
Isyak Yang Panjang
Riwayat: Riwayat Muslim
Hadith:
Dari Aisyah r.a ia berkata: Rasulullah telah mengakhirkan solat Isyak'
pada suatu malam sehingga lewat larut malam, lalu baginda keluar dan
melakukan solat. Baginda berkata: Sesungguhnya ini adalah waktunya
seandainya tidak memberatkan umat ku.
Huraian Hadith:
Sesungguhnya solat adalah ibadat paling utama bagi umat Islam sehingga
ia disebut sebagai tiang agama. Solat memberi keberkatan dan kebahagiaan
dalam kehidupan kita. Justeru jika diperhatikan, orang yang sentiasa
memelihara solat, kehidupannya dipenuhi dengan kejayaan, keberkatan dan
kebahagiaan.
Sesungguhnya ibadat solat terlalu istimewa di
sisi Allah kerana Rasulullah menerimanya secara langsung daripada Allah
dalam peristiwa Israk dan Mikraj dan perintah ibadat solat ini juga
berbeza dengan ibadat lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain yang
diterima melalui wahyu dengan perantaraan malaikat Jibril.
Melaksanakan solat fardu dalam waktu yang ditetapkan merupakan
sebahagian daripada disiplin yang wajib dilaksanakan. Sementelah waktu
solat Isyak adalah panjang dan lebih afdhal didirikan pada waktu tengah
malam namun kita tidak digalakkan sengaja melewatkan tanpa sebarang
sebab yang diharuskan lantas terlena lalu terlepas waktunya.
Isyak Yang Panjang
Riwayat: Riwayat Muslim
Hadith:
Dari Aisyah r.a ia berkata: Rasulullah telah mengakhirkan solat Isyak' pada suatu malam sehingga lewat larut malam, lalu baginda keluar dan melakukan solat. Baginda berkata: Sesungguhnya ini adalah waktunya seandainya tidak memberatkan umat ku.
Huraian Hadith:
Sesungguhnya solat adalah ibadat paling utama bagi umat Islam sehingga ia disebut sebagai tiang agama. Solat memberi keberkatan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita. Justeru jika diperhatikan, orang yang sentiasa memelihara solat, kehidupannya dipenuhi dengan kejayaan, keberkatan dan kebahagiaan.
Sesungguhnya ibadat solat terlalu istimewa di sisi Allah kerana Rasulullah menerimanya secara langsung daripada Allah dalam peristiwa Israk dan Mikraj dan perintah ibadat solat ini juga berbeza dengan ibadat lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan malaikat Jibril.
Melaksanakan solat fardu dalam waktu yang ditetapkan merupakan sebahagian daripada disiplin yang wajib dilaksanakan. Sementelah waktu solat Isyak adalah panjang dan lebih afdhal didirikan pada waktu tengah malam namun kita tidak digalakkan sengaja melewatkan tanpa sebarang sebab yang diharuskan lantas terlena lalu terlepas waktunya.
Riwayat: Riwayat Muslim
Hadith:
Dari Aisyah r.a ia berkata: Rasulullah telah mengakhirkan solat Isyak' pada suatu malam sehingga lewat larut malam, lalu baginda keluar dan melakukan solat. Baginda berkata: Sesungguhnya ini adalah waktunya seandainya tidak memberatkan umat ku.
Huraian Hadith:
Sesungguhnya solat adalah ibadat paling utama bagi umat Islam sehingga ia disebut sebagai tiang agama. Solat memberi keberkatan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita. Justeru jika diperhatikan, orang yang sentiasa memelihara solat, kehidupannya dipenuhi dengan kejayaan, keberkatan dan kebahagiaan.
Sesungguhnya ibadat solat terlalu istimewa di sisi Allah kerana Rasulullah menerimanya secara langsung daripada Allah dalam peristiwa Israk dan Mikraj dan perintah ibadat solat ini juga berbeza dengan ibadat lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan malaikat Jibril.
Melaksanakan solat fardu dalam waktu yang ditetapkan merupakan sebahagian daripada disiplin yang wajib dilaksanakan. Sementelah waktu solat Isyak adalah panjang dan lebih afdhal didirikan pada waktu tengah malam namun kita tidak digalakkan sengaja melewatkan tanpa sebarang sebab yang diharuskan lantas terlena lalu terlepas waktunya.
Keluarga Bahagia
Rasulullah
SAW memujuk isterinya yang bersedih, melayani karenah mereka, membantu
urusan kerjarumah, memanjakan mereka dengan kasihsayang dan melindungi
mereka.
Suami sekarang ada yang penyebab isteri mereka bersedih dan
menangis ; isteri2 perlukan perlindungan dari suami yang sepatutnya
melindungi mereka, suami yang mendera dan menganiaya
Rasulullah SAW
mencari ketenangan dalam pelukan Khadijah RA tatkala wahyu pertama
diterimanya. Diwaktu seluruh masyarakat menentang ajaran yang dibawanya,
Khadijah RA yang memujuk, memberi sokongan serta menyuntik semangatnya.
Isteri sekarang ada yang menekan suami tatkala diuji dengan kesempitan,
merendahkan suami bila menghadapi kegagalan dalam kerjaya dsb,
membiarkan suami diwaktu suami amat memerlukan sokongannya.
Jadilah Muhammad SAW dan Khadijah RA zaman ini dengan mencontohi
peribadi mulia keduanya dalam mengharungi kehidupan berumahtangga..
copy paste..fb..
Suami sekarang ada yang penyebab isteri mereka bersedih dan menangis ; isteri2 perlukan perlindungan dari suami yang sepatutnya melindungi mereka, suami yang mendera dan menganiaya
Rasulullah SAW mencari ketenangan dalam pelukan Khadijah RA tatkala wahyu pertama diterimanya. Diwaktu seluruh masyarakat menentang ajaran yang dibawanya, Khadijah RA yang memujuk, memberi sokongan serta menyuntik semangatnya.
Isteri sekarang ada yang menekan suami tatkala diuji dengan kesempitan, merendahkan suami bila menghadapi kegagalan dalam kerjaya dsb, membiarkan suami diwaktu suami amat memerlukan sokongannya.
Jadilah Muhammad SAW dan Khadijah RA zaman ini dengan mencontohi peribadi mulia keduanya dalam mengharungi kehidupan berumahtangga..
Indahnya Berpurdah
Macam mana jalan terbaik nak nasihatkan EMAK untuk menutup aurat ?
Mesej berbunyi begini :
Assalamualaikum, boleh ke kalau sy nak minta pendapat sedikit berkenaan situasi sy..hu3..
Sy ni dri family yg biasa je, tidak alim tidak warak, yg sederhana mcm
org kebanyakan .. Cuma disini, sy nak minta pendapat, mcmne yer nak
nasihat or wat mak sy berubah menutup aurat nya ngan sempurna? sy
teringin nak lhat beliau begitu cantik dan anggun menutup auratnya.. mak
sy ni pemakaian dia ala2 org muda, tudung ikat mcm org dulu2 tu..fhm2
lah yer..sy pernah juga tegur dia ma, pakai la elok2 sikit.. tapi dia
terasa pulak..aduhh, sy tak tau mcmne lg nak tegur, cuma sy biasa puji
dia bila dia pakai baju kurung, ''erm..kan elok, mak pakai mcmni..cantik
gtu...'' skrg ni sy hanya mampu berdoa, memberi teguran sy tak berani
sy takut dia terasa lagi..hurmm..harap indahnya berpurdah leh bg
pendapat apa2?maaf lah, sb ini lari jauh sikit dri bub berpurdah..huhu,
# boleh kongsikan pendapat anda tak ? InsyaAllah setiap pendapat yg kita lontarkan akan dapat pahala dari Allah SWT .
Macam mana jalan terbaik nak nasihatkan EMAK untuk menutup aurat ?
Mesej berbunyi begini :
Assalamualaikum, boleh ke kalau sy nak minta pendapat sedikit berkenaan situasi sy..hu3..
Sy ni dri family yg biasa je, tidak alim tidak warak, yg sederhana mcm org kebanyakan .. Cuma disini, sy nak minta pendapat, mcmne yer nak nasihat or wat mak sy berubah menutup aurat nya ngan sempurna? sy teringin nak lhat beliau begitu cantik dan anggun menutup auratnya.. mak sy ni pemakaian dia ala2 org muda, tudung ikat mcm org dulu2 tu..fhm2 lah yer..sy pernah juga tegur dia ma, pakai la elok2 sikit.. tapi dia terasa pulak..aduhh, sy tak tau mcmne lg nak tegur, cuma sy biasa puji dia bila dia pakai baju kurung, ''erm..kan elok, mak pakai mcmni..cantik gtu...'' skrg ni sy hanya mampu berdoa, memberi teguran sy tak berani sy takut dia terasa lagi..hurmm..harap indahnya berpurdah leh bg pendapat apa2?maaf lah, sb ini lari jauh sikit dri bub berpurdah..huhu,
# boleh kongsikan pendapat anda tak ? InsyaAllah setiap pendapat yg kita lontarkan akan dapat pahala dari Allah SWT .
Mesej berbunyi begini :
Assalamualaikum, boleh ke kalau sy nak minta pendapat sedikit berkenaan situasi sy..hu3..
Sy ni dri family yg biasa je, tidak alim tidak warak, yg sederhana mcm org kebanyakan .. Cuma disini, sy nak minta pendapat, mcmne yer nak nasihat or wat mak sy berubah menutup aurat nya ngan sempurna? sy teringin nak lhat beliau begitu cantik dan anggun menutup auratnya.. mak sy ni pemakaian dia ala2 org muda, tudung ikat mcm org dulu2 tu..fhm2 lah yer..sy pernah juga tegur dia ma, pakai la elok2 sikit.. tapi dia terasa pulak..aduhh, sy tak tau mcmne lg nak tegur, cuma sy biasa puji dia bila dia pakai baju kurung, ''erm..kan elok, mak pakai mcmni..cantik gtu...'' skrg ni sy hanya mampu berdoa, memberi teguran sy tak berani sy takut dia terasa lagi..hurmm..harap indahnya berpurdah leh bg pendapat apa2?maaf lah, sb ini lari jauh sikit dri bub berpurdah..huhu,
# boleh kongsikan pendapat anda tak ? InsyaAllah setiap pendapat yg kita lontarkan akan dapat pahala dari Allah SWT .
Indahnya Berpurdah
Warkah yg kami terima buat semua :
Assalamualaikum. sekadar perkongsian buat semua. Ana adalah
niqobis..anak start memakai niqob awal tahun ni.. Ana nk berkongsi
kepada adik2 yang takut nk memakai niqob begini bila masuk U ataupun
IPG(Maktab). ana merupakan pelajar IPG yang bakal menjadi guru 2 tahun
akan dtg..walaupun banyak kali ana menangis kerana dimarahi oleh
lectre..orang sekeliling turut mengata tp kekuatan itu segalanya milik
Allah jua..Allah lah yang telah beri kekuatan pd ana..keluarga juga
menentang pemakaian ana kerana takut ana d buang IP dan tidak logik bg
mereka mengajar tp org mengenali ana siapa.. Ana pkai niqob d luar
IPG..setiap kali melangkah keluar dr pagar IPG ana akan terus tarik
niqob ana..biarlah apa org nk kata.. dan bila ana dah
berkahwin...suamilah yang paling byk membntu ana..ana langsung xpernah
rsa janggal mengenakan niqob bla berjalan dgnnya..
alhamdulillah..betullah kata Allah..kalaw kita berusaha mencintai
Allah,..Allah pasti akan hantar org yang turut mencintai Allah
juga...walaupun bkn ibu ayah menjadi pembela saat ana derita..tp
suamilah tempat ana menyatakan rasa..ana bersyukur menjadi isterinya...
dan skrg..biarlah apa pun org nk kata..tetaplah berjuang dik walaupun
hanya secebis kain di muka..
#mungkin
msyrkt malaysia rsa janggal melihat orng memakai niqob krn jrng
melihat..inilah masanya kita biasakan apa yang belum biasa dalam msykrt
kita.. sekadar perkongsian dr ana.. syurga itu indah buat mereka yang
banyak bersabar dalam berjuang..tetap teguh biarpun payah...
Allah..Allah..Allah...
Assalamualaikum. sekadar perkongsian buat semua. Ana adalah niqobis..anak start memakai niqob awal tahun ni.. Ana nk berkongsi kepada adik2 yang takut nk memakai niqob begini bila masuk U ataupun IPG(Maktab). ana merupakan pelajar IPG yang bakal menjadi guru 2 tahun akan dtg..walaupun banyak kali ana menangis kerana dimarahi oleh lectre..orang sekeliling turut mengata tp kekuatan itu segalanya milik Allah jua..Allah lah yang telah beri kekuatan pd ana..keluarga juga menentang pemakaian ana kerana takut ana d buang IP dan tidak logik bg mereka mengajar tp org mengenali ana siapa.. Ana pkai niqob d luar IPG..setiap kali melangkah keluar dr pagar IPG ana akan terus tarik niqob ana..biarlah apa org nk kata.. dan bila ana dah berkahwin...suamilah yang paling byk membntu ana..ana langsung xpernah rsa janggal mengenakan niqob bla berjalan dgnnya.. alhamdulillah..betullah kata Allah..kalaw kita berusaha mencintai Allah,..Allah pasti akan hantar org yang turut mencintai Allah juga...walaupun bkn ibu ayah menjadi pembela saat ana derita..tp suamilah tempat ana menyatakan rasa..ana bersyukur menjadi isterinya... dan skrg..biarlah apa pun org nk kata..tetaplah berjuang dik walaupun hanya secebis kain di muka..
#mungkin msyrkt malaysia rsa janggal melihat orng memakai niqob krn jrng melihat..inilah masanya kita biasakan apa yang belum biasa dalam msykrt kita.. sekadar perkongsian dr ana.. syurga itu indah buat mereka yang banyak bersabar dalam berjuang..tetap teguh biarpun payah... Allah..Allah..Allah...
Dai'e..
| Kumpulan Fursan |
Kumpulan FURSAN adalah sebuah kumpulan nasyid yg dianggotai oleh lima orang pegawai dan anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Telah ditubuhkan semenjak tahun 1992 bagi memenuhi keperluan hiburan alternatif islam diperingkat ATM khasnya. Telah menghasilkan sebuah album bertajuk IBTIDA' pada awal tahun 2010..
Qalam Terakhir
Wa syukru LILLAH..
Masih diberi kesempatan untuk terus menjalani hidup.. Thanks ALLAH..Ada sesiapa yang tahu nasheed ni ke? saya jumpa lagu ni.. secara kebetulan.. tak silap saya, time tu saya duk kat sabah.. tengah searching lagu kat youtube.. keluar pulak lagu nasheed ni..
KEINSAFAN DIRI
DISAAT YANG SEPI INI
KU DUDUK SEORANG DIRI
MEMOHON KEAMPUNAN DARI ILAHI
BAK LAUTAN BERGELOMBANG
SIANG MALAM PAGI JUGA PETANG
MENGHARAPKAN KETENANGAN
DARI TUHAN YANG ESA
BETAPA RIMBUNNYA DOSAKU
SEMUA TERLAKAR DILEMBAH USIAKU
SALAH DAN SILAP DIMASA YANG LALU
KINI KU SESALI
KU TIDAK LAYAK KESYURGAMU
NAMUN TAK SANGGUP KE NERAKAMU
KUTUNDUK SUJUD MERENDAH DIRI
KEMBALI PADAMU
CHORUS….
KU TETAP SETIA
PADAMU OH TUHANKU
AKAN KU PATUHI SEGALA
SURUHANMU
AKAN KU JAUHI
SEGALA LARANGANMU
ITULAH TANDA CINTA
CINTA ILAHI..
Kumpulan
FURSAN adalah sebuah kumpulan nasyid yg dianggotai oleh lima orang
pegawai dan anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Angkatan Tentera
Malaysia (ATM). Telah ditubuhkan semenjak tahun 1992 bagi memenuhi
keperluan hiburan alternatif islam diperingkat ATM khasnya. Telah
menghasilkan sebuah album bertajuk IBTIDA' pada awal tahun 2010..
Thursday, October 3, 2013
Subscribe to:
Comments (Atom)
-
will upload all of my assignment here.. soon..
