Saturday, April 30, 2022

Tulisan Hati

Terkadang kita lupa akan adanya hari perhitungan. Terasa masih lama menunggu hari tersebut walhal, kebenaran yang pahit untuk ditelan adalah hari-hari yang kita lalui mungkin merupakan hari terakhir bagi kita.

Kita tidak tahu, apakah selepas ini... ajal pula datang menjemput. Malaikat Izrail lalu menarik nyawa kita bila-bila masa sahaja. 

Allahu...
Tidak mampu dibayangkan kerana, pada hari ini... kita menceritakan mengenai kematian orang lain. Kematian yang boleh jadi orang tersebut adalah orang yang paling dekat dengan kita. 

Lalu, suatu saat yang sudah pasti... orang lain pula bercerita tentang kematian kita sendiri... Allahumma Sallimna ya-Allah.

Begitu sifir dan adat dunia ini...
Yang hidup pasti akan bertemankan dengan kematian. Kematian yang mampu menjadi antara salah satu dari dua pintu hakiki. pintu yang tidak boleh kita jual beli dengan wang ringgit sedang, hendak memasukinya hanya dengan amal soleh atau amal kejahatan.

Tuhan,
yang bercakap tidak lebih sekadar mahu memberi peringatan untuk diri sendiri. Jauh sekali mendabik dada berkata "Aku punya amal soleh yang banyak."

Tidak!
Tidak sama sekali.

Sebenarnya, kita sama sahaja. Boleh jadi yang berada di luar sana lebih soleh dan solehah berbanding diri ini sendiri. Maka, bantulah hamba ini dengan mendoakan diri ini, agar terus tetap berada di jalan yang benar dan mampu menepis segala macam ujian duniawi.

Aamiin, ya-Robb.

Saturday, March 30, 2019

KAU Tujuanku..




Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti  bertemu tenangnya

Thursday, July 12, 2018

Read this before You feel pressure


I know people who graduated at 21 and didn't get job until they were 27.

I know people who graduated late at 25 and they found work immediately.

I know people who never meet university but found what they love at 18.

I know people who found job straight out of college making decent, bit hate what they do.

I know people who took gap years and found their purpose.

I know people who were so sure about what they were going to do at 16, but change their mind at 26.

I know people who have children but are single and,

I know people who are married but had to wait 8 to 10 years to have chidren.

I know people in relationships who love someone else.

I know people who love each other bit aren't together.

So, my point is..
Everything in life happens according to our time, our clock.

You may look at some of your friends and think that they're ahead of you.

Maybe some of them you feel are behind, but everything happens at their own place.

They have their own time and clock, so do you.

Be patient.

Tuesday, July 10, 2018

~Qalam Imam Shafie~


Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku..
Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati..
Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku merasa senang..
Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diriku..
Aku selalu berharap mendapat sahabat yang tidak luntur baiknya dalam suka, duka dan sentiasa dengan ku..
Jika aku dapat, aku ingin setia padanya..."

~Qalam IMAM SHAFIE~

Sunday, June 18, 2017

Ramadhan kareem

Assalamualaikum,

And a very good evening to all of you..

Lihat pada tajuk, klise sangat kan..? Tapi, hakikatnya memang itu yg aku cuba sampaikan. Tak kisahlah kalau ada yg baca atau ter-terbaca post aku ni. Err, blog ni dah berkurun tau, penuh semak samun tapi takde visitor pun. Ececeh.. Hihi

Okay back to the point, Ramadhan tahun ni, aku rasa macam losssttt sangat-sangat. Takde persiapan untuk menghadapi ramadhan. Langsung. Aku dapat rasakan yang aku semakin jauh dari-NYA. Aku jadi pemarah! Sangat-sangat pemarah! Sebenarnya aku stress. Mungkin sebab, bila semua tanggungjawab tu atas bahu kau seorang. Kau kena fikir dan pikul sorang-sorang, kau jadi macam tak betul. Nak-nak kau jauh dari orang yg kau boleh kongsi suka duka dengan orang tu.

Aku rasa ramadhan tahun ini, berlalu begitu sahaja tanpa sempat aku buat apa-apa.

Ya-ALLAH,
Ajari aku erti ketabahan dan sabar.

Wednesday, May 21, 2014

Wednesday, May 7, 2014

Salam Alayk..


Jatuh cinta pandang pertama..

Maha Suci ALLAH yang Maha menciptakan segala sesuatu..

Maha Suci ALLAH yang mentadbir seluruh alam..

Salah satu tempat yang menjadi impian setiap insani..
sebelum menghembuskan nafas.. nak sangat datang kat sini.. ALLAHU ROBBI..

moga diperkenankan. Aamiin ya-ROBB.

Wednesday, October 9, 2013


Muhasabah Diri - Mana satu Pilihan Hati?

November 16, 2012 at 5:39am
Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ” 

Mak jawab, “dua-dua bukan..” 

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahuhanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelarmanusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..
Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .”
“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”
Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.